Tentang Kami
Kumpulan Rakyat Malaysia Menentang Rasuah telah dimulakan oleh sekumpulan warganegara yang menjadi semakin keliru dengan gejala rasuah yang semakin berleluasa dalam kerajaan dan masyarakat. Sebagai rakyat biasa, kami mahu para pemimpin yang dipilih serta kakitangan awam yang dilantik untuk memahami bahawa amalan ini sudah tidak dapat kami terima lagi. Kami juga mahu para individu yang berpengaruh untuk memulakan perubahan terhadap sistem dari dalam. Kami rasa adalah penting untuk menunjukkan kepada para individu ini yang kami memberi sokongan padu kepada mereka dan menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama.
Kumpulan Rakyat Malaysia Menentang Rasuah terdiri daripada rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kami sebagai sebuah kumpulan tidak menyokong mana-mana parti politik. Walau bagaimanapun, kami akan menyokong mana-mana ahli politik tidak kira dari parti politik mana yang bersedia menjadikan ANTI RASUAH agenda utama mereka. Adalah menjadi motivasi kepada kami untuk menyuarakan sokongan kepada Datuk Seri Ong Tee Keat bagi menggalakkannya dan para pemimpin politik lain untuk memberi tumpuan mereka kepada kempen Anti Rasuah di Malaysia.
< kembali ke laman utama
Dengan sokongan :-

|